Februari 08
"Nak letak nama apa?"
"Macam yang kita rancangkan.. Muhammad Abid Hayyan,"
"Hayyan tu eja dengan double 'y' atau huruf 'i'?"
"Letak double 'y' lah.. saya nak nama dia dekat dengan nama saya,"
"OK. Abang ikut b,"
Lebih kurang seminggu selepas melahirkan arwah Abid Hayyan, Abang bersiap untuk mendaftarkan kelahiran dan kematiannya. Dokumen seperti sijil mati, surat pengesahan kelahiran dan kematian dari doktor dan lain-lain sudah tersedia. Kami pernah daftarkan kelahiran Afif dulu, tapi kali ni berbeza. Perasaan kali ni bercampur-baur..
Saya hanya tinggal di rumah. Saya dalam pantang. Saya rasa berdebar-debar menanti kepulangan Abang dari JPN. Nak sangat tunggu Sijil Kelahiran Hayyan siap. Saya nak tengok puas-puas nama Hayyan pada sijil tu nanti. Ia akan jadi kenangan kami.
Tapi alangkah terkejutnya saya. Abang pulang dengan sijil tak bernama. Ia bukan sijil kelahiran hidup. Sijil kelahiran mati?
"Arwah sempat hidup selama 39 minit. Kenapa dia bagi sijil lahir mati? Mana nama anak kita?"
"Orang JPN kata dokumen kita tak lengkap.. "
"Sijil lahir mati tu hanya untuk kandungan yang tak sempat hidup! Arwah lahir lengkap, sempat bernafas. Walaupun doktor ramal dia hanya hidup beberapa minit, tapi arwah bertahan lama! Tak bermaksud apa-apa ke pada Abang?"
Abang berlutut pada saya.. menahan kemarahan saya sambil memujuk lembut. Saya merasakan sedih yang amat sangat. Ini bukan pengakhiran yang saya mahukan. Macam-macam soalan 'menyerang' akal dan fikiran saya hinggakan Abang jadi mangsa kemarahan saya.
Saya menjauhkan diri dari semua orang dan menangis.. Istighfar berulang kali supaya marah saya reda. Saya nak lepaskan semuanya.
"Abang dah mohon pada staf kat kaunter tu.. Dia kata kes kita ni dianggap lahir mati.. Abang tak boleh buat apa-apa.. "
"Memang kat sijil lahir tu takde nama arwah, tapi dalam hati kita dia ada selamanya. . Kita lepaskan dia ya.."
Betul, walaupun namanya tiada tapi dia kekal sepanjang masa, di hati kami berdua.
Sayang, mama masih rindu kat kamu..
12 Comments:
Juga di hati kami yang membaca dan mengenali Hayyan melalui mamanya. Sabarlah, sesungguhnya Allah swt hanya menguji mereka yg tabah dan beriman padaNya. Maafkanlah pihak itu kerana mereka hanya mematuhi undang2 yg digubal manusia..
:) Terima kasih.
Saya memaafkan mereka. Diri saya dengan kelemahan saya sebenarnya.
Maafkan saya kalau cerita saya tertuju pada kelemahan orang lain. Langsung tiada niat. Sebenarnya saya sekadar bercerita tentang arwah anak. (tapi saya tau Kak Aliya memang dah faham)
askum...igt kan sape la humyrah tuh...yan rupe nye..hehehehe...tq for droping my page...singgah2 la slalu
tak sangka akak yan nih kuat org nye...ape pon bk2 bersabar...sekurang2 nye abid hayyan akan tunggu mak & ayah die di pintu syurga
Simpati kat Yan... ya betul Yan, sesungguhnya Abid Hayyan akan menunggu di Syurga... erhmm..
Yea aaa... Kita memang tak tau... tapi mungkin juga dia sedang menjenguk jenguk dari dalam pintu Syurga menantikan kehadiran ibu yang tak sempat dia kucup pipi dan tangan...!!
*ish... emo lak [sambil taip sambil sedih... sebab teringat pada anak ku...!!]
Emo sebab tgk gambar ayah mengucup arwah anak...!!
Kak Opie >> Cak! Selamat datang. Nama humyrah tu nama pena je sebenanya, hehe.
Saya yakin dengan ketentuan Allah, terima kasih.
Kak Connie >> Saya gembira tempat dia dah kekal di sana. Alhamdulllah..
Mr Rizal >> Anak-anak Islam yg meninggal semasa kecil adalah yg 'terpilih'.. Ketika aku sekeluarga bersedih dia sedang bermain-main gembira sambil doakan ibu bapanya. Dia menanti dan tertunggu-tunggu seperti aku dan suami aku..
A ah gambar tu sayu je.. Masa tu aku kat hospital lagi, tapi gambar dari saat arwah dituntut hingga dikebumi semuanya aku ada. Alhamdulillah dapat gak tengok..
sedih nye, tersentuh naluri ibu. bykan bersabar ye yan. (taip dlm kesayuan merindu hafeez di rumah..huhuhu)
Yan..
Banyak2 bersabar..
Allah lebih sayangkan Hayyan..
Kak Nurul >> Saya akui seorang ibu biasanya akan lebih memahami. (Begitu juga dengan yang dah jadi ayah macam Mr. Rizal kita tu) Alhamdulillah & moga Hafeez sihat selalu..
Hehe dulu masa yan kerja kat p2i pun tak sabar nak pulang jumpa Afif!
Kak Nana comel >> Yela kak, sabar dinding segalanya. Terima kasih banyak.
lame aku tak jenguk blog2 korang..huhuhu..
aku nak cakap ape eh? aku ni seram2 sejuk bace entry nih...
cool yan! jgn terbawak2 sgt..kau kan tabah orangnye...
doakan wife ngan bakal anakku selamat dilahirkan...
syahdu plak aih...
Ben >> Ahaha.. aku OK lah ben.. Thanks kepada mereka yg banyak doakan. Actually aku sekadar menulis untuk kenangan :)
Hmm aku tau kau seram sejuk sebab kau bakal jadi ayah..hehe jangan risaulah, insyaAllah segalanya kan selamat! (kami doakan)
Macam aku kata kat komen di atas, anak-anak kecil yang meninggal ni adalah mereka yang terpilih.. Hidup atau tidak, kedua-duanya memberi KELEBIHAN buat kedua ibu bapanya.
Post a Comment