Hati saya di mana...

Semalam pergi Hospital Serdang, untuk buka jahitan gusi saya yang sudah seminggu lamanya. Kali ni seorang diri, abang tak dapat temankan.

Selepas selesai, doktor beri saya time off selama 2 jam. Jadi saya sepatutnya kena pergi kerja. Saya dah lewat ke pejabat.

Tapi saya kena ke Hospital Kajang pula, untuk ambil ubat Afif. Bekalan ubat asid folik kat rumah tu dah hampir seminggu habis. Bukan habis sebenarnya, tapi expired. Ubat tu mempunyai tempoh expire yang singkat. Boleh katakan setiap bulan ambil ubat yang baru.

Penting. Saya tak boleh lengah-lengah ambil lain kali. Kesihatan Afif adalah keutamaan saya.

Memandu ke Kajang, menunggu di farmasi saja sudah ambil masa beberapa jam.. Sudah hampir pukul satu. Rasa malas pula nak pergi kerja.

Saya terbayang kenakalan Afif.. Cara dia merengek manja, mencium-cium saya. Dan memek mukanya yang mencebeh bila saya melarang dia memanjat tangga atau menuju ke dapur. Saya rindukannya.

Kemudian saya teringat wajah keliru Afif bila dia sesat di dapur.. Dan 'bebel'annya pada mainannya..Saya tak jadi pergi kerja!

Saya memandu terus ke rumah bersama Afif.

Nota : Saya dah hantar surat notis berenti kerja, jadi saya rasa tak rugi apa-apa kalau saya ponteng sekali ini! (Leave tiba-tiba.. hehe..) Sejak akhir-akhir ni saya sedar hati saya dah tak ada di tempat kerja.. huk..

Wednesday, April 25, 2007

5 Comments:

Unknown said...

kesihatan anak memang patut diutamakan... ku pun sedang tunggu pembesaran anak ku...

macamana ek kalau ko dah p johor nanti... jangan meraung tiap malam ek...!! tapi mesti anak ko akan lompat2, peluk2 cium2 ibu dia bila masa ko balik sebulan sekali...

Nora said...

Mcm ni lar biler dah ade anak kan? Asyik teringat kat dia jer 24jam...Pegi opis utk 9jam jer pun dah rase windu (mase ni dah kureng sket windu kat ayah dia kot :p) kalo berjauhan? aduhh...

Humyrah said...

a ah.. ubat tu penting untuk hasilkan darah dia. sebab tu aku tak mau tunggu2..

uwwaaa... aku pun sebenanya tak bersedia dari segi mental.. sekarang ni husband aku tengah praktikal menjaga afif di waktu malam. si kecil tu kalau nak tidur dia mesti cari aku.. dengan ayah dia, susah sikit..
insyaAllah aku try balik seminggu skali.. atau husband aku dtg sana ke.. semoga aku tak tertinggal melihat perkembangan afif especially part bertatih!

Humyrah said...

kak nora, yan setuju sangat.. kalau berjauhan?? huk, tak terbayangkan lagi!

Unknown said...

kamu tak yah nak bayang aa yann.. esok lusa dah nak rasa... ekekekee!!!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger