Bantal Peluk aka Flask Peluk

Aku kata pada isteriku, malam ni aku nak jaga anak aku. Bukan apa, aku kena practice.. Practice jaga anak malam2.. Kali ni bila anak aku nak susu tengah malam buta ni, biar aku je yang buat.. Aku boleh handle, insyaAllah..Selalu jugak apa, aku jaga anak malam-malam..Heh.

Jadi aku cakap kat isteri aku, tidur la kat sebelah sana, biar aku je duk sebelah si kecil ni. Dekat sikit..

Okey, semua dah ada.. Flask air panas, air masak yang dah ditapis, botol-botol susu, susu dalam bekas susu,.. Ok semua dah bereh..

Tidurla, apa lagi..

....................................

"ABANG!!!!!"

Eh eh.. kat mana ni..

Ya Allah.. Si kecil ni..Eh dia tidur peluk apa tu??? Bantal peluk.. ish tak nampak..

"ABANG, AFIF TU!!!"

Astaghfirullahalazim.. Tidur peluk flask air.....??????

Nota : Don't try this at home

Saturday, April 28, 2007

Hati saya di mana...

Semalam pergi Hospital Serdang, untuk buka jahitan gusi saya yang sudah seminggu lamanya. Kali ni seorang diri, abang tak dapat temankan.

Selepas selesai, doktor beri saya time off selama 2 jam. Jadi saya sepatutnya kena pergi kerja. Saya dah lewat ke pejabat.

Tapi saya kena ke Hospital Kajang pula, untuk ambil ubat Afif. Bekalan ubat asid folik kat rumah tu dah hampir seminggu habis. Bukan habis sebenarnya, tapi expired. Ubat tu mempunyai tempoh expire yang singkat. Boleh katakan setiap bulan ambil ubat yang baru.

Penting. Saya tak boleh lengah-lengah ambil lain kali. Kesihatan Afif adalah keutamaan saya.

Memandu ke Kajang, menunggu di farmasi saja sudah ambil masa beberapa jam.. Sudah hampir pukul satu. Rasa malas pula nak pergi kerja.

Saya terbayang kenakalan Afif.. Cara dia merengek manja, mencium-cium saya. Dan memek mukanya yang mencebeh bila saya melarang dia memanjat tangga atau menuju ke dapur. Saya rindukannya.

Kemudian saya teringat wajah keliru Afif bila dia sesat di dapur.. Dan 'bebel'annya pada mainannya..Saya tak jadi pergi kerja!

Saya memandu terus ke rumah bersama Afif.

Nota : Saya dah hantar surat notis berenti kerja, jadi saya rasa tak rugi apa-apa kalau saya ponteng sekali ini! (Leave tiba-tiba.. hehe..) Sejak akhir-akhir ni saya sedar hati saya dah tak ada di tempat kerja.. huk..

Wednesday, April 25, 2007

Little Lion In His Car

kene senyum ke mama???

ok senyum sekejap aje ya...

ala boring.. eh apa tu?


hmm pening la..


Thursday, April 12, 2007

Sahabat

Gembira sungguh apabila sahabat saya sejak matrikulasi menelefon, mengatakan dia sekarang berada di KL. Dia di UIA bersama kakaknya, yang juga saya anggap sahabat saya (walau baru berkenalan, tetapi terus melekat di hati)

Saya mengenali Amni lebih kurang 7 tahun lalu.. Berkenalan dalam keadaan bergaduh. Berkawan ketika bermusuh. Bertegur sapa pada masa yang sama, mengumpat-kutuk. Sekurang-kurangnya itulah reaksi saya terhadap dia, ketika itu. Dia? Dia melayan saya sebagai saudaranya. Dengan sebaik-baiknya.

Kami masih berhubung kini, walaupun dia sedang belajar di Terengganu, saya pula sudah berkeluarga. Kakaknya, Kak Teh mengeratkan lagi hubungan kami apabila asramanya di UIA menjadi tempat kami bertemu. Bukan selalu. Bukan di siang hari. Kali terakhir bertemu, saya bawa anak saya bersama. Seronok sungguh. Sampai di rumah, sudahpun awal pagi.. :)

Bila dia minta berjumpa di Masjid Putrajaya, seperti biasa, hati saya berbunga-bunga.. :) Rasa seronok bercampur segan yang amat dan sedikit takut. Amni dan KakTeh adalah orang yang saya kagumi...Siapalah saya di sisi mereka.. sehingga mereka ingin berjumpa..? Mereka punyai ilmu yang tinggi, perilaku yang baik dan terpuji. Mereka bukan sebarangan sahabat.. Perasaan segan sangat tebal dalam diri saya.

Amni yang saya kenali adalah seorang yang tegas, tetapi kelakar.. Pandai mengambil hati dan tidak kedekutkan ilmunya. Saya masih ingat semasa di kolej matrik, dia nyanyikan saya nasyid Cinta Agung bila saya berduka. Sedap nyanyiannya, menusuk ke hati saya. Kenangan itu saya akan ingat sampai bila-bila walaupun jika dia dah lupa..

Kak Teh pula lemah lembut orangnya. Sangat baik hati terhadap saya. Saya yakin dia seorang yang hebat melalui tulisan blognya (http://albazrah.blogspot.com). Hati saya ingin sangat mengenalinya lebih lagi, tidak cukup rasanya sekadar mengetahui melalui blog. InsyaAllah jika Allah izinkan..

Malangnya saya tidak dapat berjumpa dengan mereka semalam. Saya ke klinik kerana anak saya sakit. Doktor ambil darah anak saya untuk check up. Jadi saya terpaksa menolak pelawaan mereka. :( Maafkan saya..

Saya hargai niat mereka nak berjumpa. Sejak saya berkeluarga, jarang sekali kawan-kawan ajak keluar bersama. Rasa rindu pada kawan-kawan terpaksa ditelan. Saya tak berasa kesal. Cuma kadangkala saya rindu.

Apatah lagi saya diajak bertemu mereka dua beradik ini. Sudah pasti pertemuan kami bukan pertemuan kosong. Seronoknya...

Ya Allah, jika mereka berdua ini aku anggap orang yang hebat, bagaimana pula anggapanku jika dapat diketemukan dengan Rasullullan s.a.w?

Andai sahabatku berdua ini bagiku berakhlak mulia, bagaimana pula akhlak kekasihMu itu?

Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. tidak tertanding!

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad....Wa a'la alihi wasohbihi wabarik wassalam..

Wednesday, April 11, 2007

Minor Surgery.. Makan banyak-banyak sebelum tu..??

Assalammualaikum.

Saya ada masalah ini lebih setahun yang lalu.. Sebelum 'benih' Afif wujud, masalah ni dah wujud dulu. Huk..

Sakit gigi yang amat sangat, padahal gigi tu tak keluar pun lagi. Bengkak memang ketara. Pada gusi hujung sekali. Kawan serumah (ketika belajar di KUiTTHO) pernah masakkan bubur untuk saya makan.

Sakit itu datang dan pergi. Akhirnya saya tekad nak periksa gigi di klinik. Saya tahu lama betul saya tahan sakit ni. Yelah, lebih setahun kan..Bukan sebab saya takut nak periksa gigi di klinik, tapi mungkin sebab sibuk jadi niat tu tertangguh-tangguh.

Gigi puan ni kita kena keluarkan. Sebab dia tak boleh nak tumbuh. Sebab tu gusi puan bengkak. Tak apa, kita boleh buat. Kita buat minor sugery. Puan datang pada.. hmm.. 17hb April nanti boleh?

Prosedur yang mudah- kita akan korek gusi puan, potong sedikit tulang, bila dah nampak gigi yang tersekat tu, kita akan belah gigi tu kepada beberapa kepingan. Jadi lebih mudah kita nak keluarkan. Jangan risau, puan akan rasa kebas saja. (Tapi masa surgeri je la kan.. Lepas tu....? Mesti dah tak kebas dah.. :( )

Tapi puan, kami nak beri nasihat. Saya minta sebelum pembedahan tu, puan makan banyak-banyak.. Biar perut betul-betul terisi.

Boleh teka kenapa doktor nasihatkan makan banyak-banyak...? Padahal surgeri tu pukul 8 pagi..

Ya Allah permudahkan urusan ini..

Sunday, April 08, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger