Al - Fatihah Buat Serikandi

Saya sangat terkejut dengan pemergian Benazir Bhutto ke rahmatullah. Sangat ketara nyawanya sangat terancam di bumi sendiri (berdasarkan cubaan membunuhnya ketika beliau baru sampai ke Pakistan). Namun saya bagaikan tak bersedia dengan kematiannya. Saya mengharapkan perjuangannya diteruskan, namun nampaknya tak kesampaian.

Saya teringat di zaman sekolah dahulu, betapa saya sangat membencinya. Mungkin kerana terpengaruh dengan kes rasuah yang melibatkan beliau. Tetapi beliau sebenarnya adalah seorang pejuang yang berani. Kerana keberaniannya, musuh-musuhnya tak senang duduk bila dia kembali ke tempat asalnya ini.

Moga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas roh Benazir Bhutto. Namanya tersemat sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama sebuah negara Islam!

Saturday, December 29, 2007

2 Comments:

Unknown said...

Biasa aaa tu... bila ada orang yang nak menyeru kepada kebaikan... iblis syaitan akan menggangu... kalau tak pada orang yang nak buat baik, ia ganggu orang disekelilingnya...

Humyrah said...

mr rizal juve > ya. harap2nya negara kita kekal aman damai.. tak mau la ada bom sana sini. isk..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger