Sayang, Anakku Sayang..

Assalammualaikum..

Pagi td appoinment saya dgn specialist O & G Hos. Serdang. Result yg mengejutkan.. Nampaknya mungkin jurnal antenatal saya ni penuh onak dan duri. Namun saya masih mengharapkan happy ending..

Masuk ke bilik pemeriksaan dan ultrasound mcm tak ada apa-apa yg abnormal. Abang dan afif tunggu di kerusi luar bilik, sambil Afif sibuk berlari sana-sini. Saya berharap kali ini dapat tanyakan doktor jantina bayi.. Sebelum ni saya tak ada idea, is it boy or a girl.

"Nanti saya bgth jantina dia.." kata pegawai perubatan tu. Saya senyum tak sabar. Selama ni saya dan abang assume babygirl.

Lama btul doktor tu try to scan.. Kadang2 dia mengeluh "macamana baby ni duduk ni.. tak dapat cari femur dia..kaki pun tak nampak". Akhirnya dia panggil doktor pakar. Hmm kali ni baru betul2 pakar.. Dia cari femur, kemudian baru saya sendiri nampak kaki kecil. Comel. Doktor pakar ni bercakap dlm terms yg saya tak faham.. Tp bunyinya mcm kurang bagus. Datang pula doktor yang lain, wajah dia lebih serius. Macam ada yg tak kena..

"Panggil suami dia.. Suami dia ada kat luar kan?"

Doktor ni memperkenalkan dirinya. Doktor perunding rupanya.

"Family awak ada tak yang mcm org kerdil? Badan normal tp kaki dan tangan pendek?"
Takde doktor.. kenapa?
""Baby ni ada kecacatan sikit.. tangan dan kaki dia pendek. Ketara. walaupun badan dia normal. Awak tau kan, mcm org kerdil tu."
Macamana bole jd mcm tu doktor?
"Ini faktor genetik.. keturunan. Saya akan hantar awak refer ke Unit Fetomaternal, HKL. Tempat tu specialist untuk kes2 mcm ni. Lgpun bayi-bayi mcm ni ada risiko mati dalam kandungan atau gugur. "

Saya rasa mcm susah nak percaya, saya rasa wajah saya berubah. Senyum tadi dah tak ada. Tapi saya rasa ok lagi. Berkali-kali doktor tu menyatakan kepada saya.. Seakan-akan sukar untuk saya terima. Alhamdulillah saya rasa saya ok.. boleh senyum lagi. Boleh bergurau dengan doktor-doktor lain.. Abang pandang saya, pegang tangan saya, "B, ok ke?". Saya senyum aje.

Dalam kereta on the way back, baru saya rasa lain. Rasa sebak skit, then burst into tears. Ya, kebetulan 26 minggu kandungan ni (ikut kiraan). It was about the same news 2 years ago.

So I cried, then i smiled again. Kadang2 tak tau nk emosi apa.. Ya Allah, mengapala harus saya keluh-kesahkan. Semuanya datang dariMu, kembali padaMu.. Dan bukankah dunia ini sementara? Fitrah saya berasa sedih, tp janganlah takdir pula disalahkan.. Bersabar saja. Walaupun kadangkala saya rasa macam tak mampu, bukankah Kau yang lebih mengetahui. Tak ada dugaan dariMu yang aku tak tertanggung!

Datanglah dugaan.. Saya tak takut!!! (sekadar memotivasi diri)

Namun saya masih berharap, segalanya selamat.. Appoinment 5 hb Dis, 10 am di HKL. InsyaAllah!

Thursday, November 29, 2007

5 Comments:

mki said...

Humyrah,
Ia dugaan yang perlu ditanggung dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

Saya dan keluarga berdoa agar segala-galanya selamat dan terbaik di sisiNya.

Unknown said...

"Baby ni ada kecacatan sikit.. tangan dan kaki dia pendek. Ketara. walaupun badan dia normal. Awak tau kan, mcm org kerdil tu."
macam "Hobbits" dalam ROTR ke?? jangan marah ekk!!

Lgpun bayi-bayi mcm ni ada risiko mati dalam kandungan atau gugur.
opp!! ni berita tak baik

lagi satu... salah satu rahsia Allah adalah bayi dalam kandungan... InsyaAllah, mungkin masa baru baru ni bayi tu di jangkakan seperti yang doctor kata tapi kita tak tau selepas ni... usia kandungan 9 bulan dan dalam 9 bulan tu, pelbagai perubahan berlaku kat dalam... jadi bersabar dan redha!!

zlaa said...

Salam. Saya terpanggil nak kongsi cerita berkenaan kisah anak belum lahir ni. Baru-baru ini ada juga kawan di sini bersedih selepas pakar-pakar doktor di negara barat ini mengatakan anaknya tidak normal selepas discan. Ukuran kepala kecil dibandingkan dengan badan.

Bakal melahirkan anak yang tidak normal dan pelbagai ujikaji dijalankan dan sahabat ini tidak bersetuju untuk menggugurkn kandungan. Dipendekkan cerita akhirnya tekaan-tekaan doktor itu tidak tepat. Alhamdulillah. Berdoa-lah dan berhajatlah pada Allah. Hanya DIA tempat segala urusan.

amni said...

yan, ALLAH yang menentukan. Tak semestinya yang diramal itu akan berlaku. tapi jika menjadi, ALLAH sebaik2 tempat mengadu dan bergantung.

Saya akan cari berkaitan Gnome tu untuk awak. Lagipun kawan saya buat PHD in bioinformatics jugak.

Humyrah said...

prof kamil > syukran jazilan. fitrah sy merasa sedih, namun sy harap sy tabah.

mr rizal > ya, 'sabar' is what i needed the most

zlaa > saya hargai info tu. sy juga bersetuju dgn tindakan sahabat tu. sy akan tetap meneruskan kandungan, insyaAllah

amni > terima kasih byk2.. awak sahabat yg baik

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger