Dalam wad, Afif kena pakai oksigen 24 jam. Mula2 dia mmg menangis tak nak pakai.. Puas pujuk. Pakai neb pula setiap 6 jam. Nasib baik saya pernah pakaikan dia sebelum ni, jadi takde masalah buat sendiri. Itupun mula2 Afif meraung2 tak mau. Antibiotik + drips mmg first day masuk dah pakai. Lagi satu, Afif meragam sungguh. Tak mahu baring atas katil langsung. Saya terpaksa dukung. Dia malu dgn orang lain atau tak selesa kat bilik wad tu, saya pun tak tahu. Akhirnya staf nurse terpaksa tukarkan katil Afif kepada katil saiz besar, supaya saya boleh duduk atas katil tu sambil dukung Afif. Tak larat sungguh, sebab saya sendiri dukung kandungan dalam perut ni. Tapi ragam dia tak lama dah.. 4-5 jam pertama je.
Staf di sini sangat prihatin. Salah seorang nurse tegur saya, mengapa saya letak tong sampah kecil di sisi katil. Saya kata senang sikit saya nak capai, sebab Afif asyik muntah. Tak lama kemudian, nurse tu datang bawa bekas khas berpenutup (yg comel) untuk muntah. Afif juga kerap cirit-birit. Jangan tak percaya, sekali dia cirit, boleh tembus terus ke cadar katil. (Walaupun pampers baru tukar!) Sabar btul nurse di sini setiap kali saya minta tukar cadar... :)
Ramai btul orang melawat Afif. Kebetulan keluarga mertua datang ke KL. Yang kelakarnya, Afif pantang nampak orang pakai baju putih.. Menangis2 dia.. Kononnya tak mau dekat dgn nurse dan doktor. Jadi ada kalangan sepupu kami yang dah plan awal2 pakai baju berwarna selain putih. Yang paling saya tak tahan, bila orang yang Afif tak kenal datang melawat. Macam family Kak Nora dan kawan2 ofis abang. Haa.. haram la Afif nak duduk kat katil. Melekat la dia kat ayah dan mama dia. Ngada-ngada..
Alhamdulillah hari ke-4 dalam wad, Afif improve sangat.. Makin berselera makan. Muntah, cirit-birit takde. Asyik menari2 kat katil, panjat2 pagar katil.. Bila orang sebelah pakai neb, dia sibuk nak pakai jugak. (bunyi neb tu kan kuat.. Afif cepat notice bunyinya tu) Tekanan oksigen reduce, akhirnya tak pakai dah. Cuma satu je yang kena undergo masa hari ke-4 tu. Afif kena buat fisio, proses sedut kahak dalam kahak dan nostrils. Doktor bg option, saya nak masuk ke tak masa proses tu. Saya rasa better saya masuk.. Saya sendiri yg pegang Afif. Kesian tengok dia, bila tiub kecik masuk dalam tekak dan hidung..
Hari kelima??? BALIK!!! Hmm.. tp lewat petang baru dapat keluar sebab ada masalah sistem kat hosp. Bil tak dapat disetel selagi sistem tu tak ok. tapi yg bestnya, keluar je dari wad, ayah cik dan cik nah jemput ke 101 Resort (dekat2 Hosp Serdang je..) untuk berbuka. Dengan muka saya yg kering (air cond hosp. selama 5 hari telah mengeringkan wajah saya), baju yg sempoi, kami ke sana. Best! Puas hati makan kat situ.. percuma pulak tu! Hehe.. Pengalaman jaga Afif ygx sihat selama 10 hari, sangat menginsafkan sy. Betapa Allah beri kita kesihatan, dan bila2 Dia boleh tarik semula. Dan betapa saya teringat jasa ibu bapa. Yelah, kalau dah 10 malam saya x dpt tidur lena, tentu saya terbayang agaknya begitulah pengalaman mak abah saya..
Paru-paru = Jalan Tar? (Kisah Afif sakit 10 hari) Part 3
Oleh Humyrah Pada 3:32 PM
Topik baiti jannati
4 Comments:
ayman pon pernah jadi gitu. pneumonia... seminggu sebelum raya.. nasib baik dekat2 nak raya dah boleh keluar.. sabar ye yan... ujian ALLAH ni untuk tingkatkan iman kita..
nape tak boleh nak tepon awak ek???heran tol
bila dah ade anak sendiri ni, mmg sedikit sebanyak menguji kesabaran & keimananan kita. rasanye sume org pun ade dugaan masing2, cuma terpulang pd diri kita mcm mana nk menghadapi sume dugaan tu.
afif dah recover.. lega rasanya..
fuh!! memang cabaran tu...
amni > huhu.. handphone tu meragam la amni.. sy pun x pasti apa masalah dia. kadang2 ia off sendiri.
kak nora & rizal > alhamdulillah, dah ok. lepas ni kena la hati2, mungkin kan berlaku lagi..
Post a Comment