Kenangan Hayyan

Entri ini telah dicatatkan pada blog ini hampir 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba saya terfikir untuk memaparkannya semula.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf lama tak update. Saya masih 3 minggu dalam pantang. Sekarang saya berada di rumah mertua di Kelantan, sambung berpantang di sini. Ada internet, dapatlah online.


Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak ke-2 pada 15 Februari yg lalu di Hospital Serdang. Kali ini melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Namun hayat putera kami, yg kami namakan *Muhammad Abid Hayyan tidak dapat bertahan lama.. Arwah Hayyan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Sewaktu anak Rasulullah, Ibrahim meninggal dunia, baginda memangku jenazah anaknya lalu menitiskan air mata. Ya, Nabi menangis.. Bila ditanya, jawab nabi,
"Aku melarang raungan akan kematian. Namun jika sekadar mengalirkan air mata, ia adalah suatu rahmat dan menunjukkan kelembutan hati. Siapa yang tiada rahmat, maka dia tidak dirahmati Allah,"

Sedih. Sabarlah. Sementara saja.

Dan akan datang di akhirat nanti ketika semua manusia dihimpun untuk dihitung untung nasib mereka.. Tiba-tiba datang anak-anak kecil yang comel dan berseri-seri wajah mereka. Mereka berlari-lari sambil mencari-cari. Di tangan mereka ada cahaya, sementara sebelah tangan lagi memegang cawan emas berisi air. Di saat semua orang menggelupur kehausan, anak-anak itu mengendahkan. Kata anak-anak itu,
"Kami adalah anak-anak Islam yang meninggal dunia ketika kecil. Air ini kami bawakan hanya untuk orang tua kami,"

'Bergembiralah kerana dia akan menanti bonda & ayahanda di sana. Penebus & mberi syafa'at. Semoga ujian ini mengangkat martabat kalian berdua di sisi Allah' (SMS dari Kakteh. Terima kasih)

Gembira. Saya akan menanti saat bertemunya semula. Harapnya di sana nanti keadaan saya juga berseri-seri :) Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat (walaupun tiada baby hmm), sms yg disertakan doa dan ucapan takziah, dan juga sahabat yang telah bersedekah kepada arwah. terima kasih tak terhingga..

Saya akan taip posting tentang pengalaman saya ketika melahirkan arwah Hayyan. Sekadar merakamkan kenangan.

* Muhammad - Yang Terpuji
Abid - Hamba Yang Rajin Beribadah
Hayyan - Yang Hidup

Friday, January 22, 2010

Pay It Forward Dan MAWADDAH

Mawaddah, si kecil yang teristimewa. Saya pohon kawan-kawan yang membaca blog ini,
doakanlah kesihatan dan keselamatannya yang kini berada Leicester.
Cerita tentang Mawaddah di sini.

Pernah tengok filem Pay It Forward? (Kevin Spacey, Haley Joel Osment) Ia satu cara menyebarkan kebaikan yang kita terima kepada orang lain. Konsepnya mudah, kita pernah dibantu orang, maka kita pula bantu orang lain..

Saya nak cerita pengalaman saya yang dibantu oleh orang yang tak semena-mena. Orang yang tiada kena mengena dengan diri saya mahupun sedaging sedarah dengan saya , tetapi apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang luar biasa. Sesuatu yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Afif dilahirkan dengan pelbagai komplikasi. Kesihatannya tak menentu dan sering keluar-masuk hospital. (ceritanya pada entri-entri yang lepas). Setelah dibawa pulang ke rumah, kami sering didatangi pelawat yang ingin melihat Afif, terutamanya kawan-kawan. Saya kira kamilah pasangan paling awal berkahwin dan beranak di kalangan kawan-kawan kami, maka sambutan dan kegembiraan tu lebih cepat tersebar di kalangan mereka.

Apa yang mengejutkan, salah seorang kakak kepada kawan kami datang menziarahi ke rumah. I barely know her, to tell you the truth.. Dia datang dan membawa beberapa helai pakaian yang cantik untuk Afif berserta satu pek jumbo pampers. Kemudian dia terus meminta diri, tanpa banyak bersembang antara kami.

Tak lama lepas tu, ketika menyiapkan diri Afif; mendukung dan menyusukannya, saya terlihat sekeping sampul di bawah bantal kecil Afif. Alangkah terkejutnya saya, sampul tu berisi duit yang banyak.. Saya ragu-ragu dan terus menelefon kawan saya (adik kepada penziarah tadi)

"Memang kakak yang bagi. Dia memang suka buat begitu. Takpe, dia ikhlas tu. Ambil je.."

Dalam sampul tu ada RM250!

Saya kata pada diri, selagi saya mampu, saya akan buat kepada orang lain pula.

Saya sentiasa mengamalkannya selagi terdaya. Saya harap semua orang begitu.

Wednesday, January 20, 2010

Baca dan lalai

Beberapa bulan yang lalu, saya terlalu asyik akan sesuatu berbanding sebelum-sebelumnya. Membaca novel!Pergi ke kolej, saya bawa sebuah. Selepas punch kad, saya akan baca dalam kereta sambil menunggu kunci pejabat sampai. Kadangkala, apabila pejabat dibuka, saya masih membaca sehinggalah tepat pukul 8. (Kerja mula pukul 8)

Pulang ke rumah, saya hanya teringatkan novel. Jadi sebuah itu akan berada di mana-mana; sofa, katil, atas peti ais, atas TV. Ke mana-mana pun saya akan bawa sebuah novel bersama, walaupun ketika dalam perjalanan ke tugasan luar. Kawan-kawan pejabat berkata 'tak pening ke baca dalam kereta?' 'Saya kata 'entahlah, seronok pula'. Saya rasa seolah-olah menonton filem bila membaca novel.

Ia berlarutan dari sebuah ke sebuah yang lain. Saya jadi addicted. Saya memang gemar baca novel, cuma jadi lebih teruk sejak cuti semester bermula. Yelah, waktu study dah selesai, lebih banyak untuk saya luangkan hobi membaca novel ni :)

Membaca novel jadi lebih menarik bila ada orang lain berkongsi minat yang sama, iaitu adik perempuan saya. Maka berlumbalah kami, siapa baca yang mana, apakah ending novel yang itu dan ini dan sebagainya.

Maaflah kerana lama tak update. Saya lalai sangat pada novel-novel.. Hanya sedar bila pembaca setia, Abang, menegur bilakah entri baru akan ditulis. Itupun setelah kawan-kawan pun tegur especially Cik Daisy (saya dah update ni, hehe.)

Kita bermesra semula ya!

Siapa sudi belikan saya koleksi Twilight Saga (4 books set)?

Tuesday, January 19, 2010

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger