Galeri Gembira

Antara gambar-gambar Afif yang sentiasa buat saya ceria dan gembira semula. Saya letak yang terkini saja.


Hasil kerja Abang. Haha..


Dalam kereta, tempat duduk belakang, bermain, berselimut sambil bebaring.


Dalam kereta, tempat duduk belakang, berselimut dan tidur!


Solat apakah?


Oh tertidur!


Apa motif bergambar di sini? :p


Muka nakal.


Hasil kerja Afif pula. Selalunya saya suruh dia kemas balik. Serabut betul.


Dengan kawan baiknya, Yaw-yaw the Cat.


Afif memimpin moyangnya (Tok) melawat rumah seorang saudara
semasa hari raya haji tahun lepas. Tok memakai tongkat bila berjalan.
Tengok kaki kiri Afif. Masa ni Afif tergelincir sikit..


Afif bawa sepupunya, Izah. Teringat bagaimana Afif
berkali-kali minta seorang adik.


"Mama, mama tengok Afif buat ni!"

Sedih dan terkilan. Kurang mood untuk menulis. Daripada saya bercerita tentang keburukan orang yang menyakiti saya, lebih baik letak sesuatu yang menggembirakan semula. Harapnya orang tu berubah. Ya Allah, gantikanlah perasaan sedih ini dengan sesuatu yang jauh lebih baik..

Thursday, October 15, 2009

Pengalaman Endoscopy (OGDS)

Semalam saya ke Hosp. Serdang, ada appointment untuk OGDS. Ini adalah pengalaman pertama. Saya dah google segalanya tentang OGDS ni. Penerangan paling tepat dan mudah ialah di sini. (Anda mungkin perlu baca dan tahu, kerana ia adalah prosedur yang harus dilakukan setiap 3-5 tahun selepas berumur 50 tahun jika tiada sebarang simptom).

Prof. Hj. Muhd. Kamil juga pernah merasai pengalaman melakukan OGDS melalui cerita di blog lamanya. Sebenarnya, saya agak takut dan bimbang akan prosedur ni sehinggalah saya terbaca pengalaman beliau. Terima kasih Prof!

Walaubagaimanapun, saya masih berasa takut. Sebabnya saya seorang yang mudah muntah. Kadangkala ketika memberus gigi pun saya boleh rasa nak muntah, inikan pula dimasukkan tiub ke dalam kerongkong ketika sedar!

Kata doktor (yang mesra dan sangat baik tu..)

Prosedur ni sekejap saja. Dalam 5 minit. Pangkal lidah awak akan dispray supaya kerongkong awak kebas. Spray ni rasanya pedas dan pahit, awak cuba telan ya.
Perut awak akan dimasukkan angin, untuk dikembungkan. Kemudian kita akan masukkan tiub ke perut dan usus. Kita nak tengok sebarang masalah pada perut melalui kamera yang masuk. Kalau ada problem, kita ambil sedikit tisu perut. Awak takkan rasa sakit, cuma rasa kurang selesa seperti mahu muntah.
Masa mula-mula tiub tu nak masuk, cuba jangan lawan ia. Ia akan rasa lebih teruk bila awak lawan. Try to be calm ya.

Sebaik dibawa masuk ke bilik endoskopi, saya dapat lihat tiub yang akan dimasukkan. Alahai, saya sangka kecil aje rupanya besar..! Dan panjang..!


Rupanya betul-betul macam gambar di atas. Besar kan?
Saya ingatkan macam wayar yang kecil..


Saya terus kata pada doktor : Saya nak dimasukkan sedatif. Saya rasa saya tak boleh terjaga. Boleh tidurkan saya ? (saya yakin wajah saya penuh dengan ketakutan..)

Saya sudah lalui pelbagai pengalaman - bersalin normal, bersalin c-section sedar, diambil darah 6 jam sekali, dijahit tanpa bius, dll. Semuanya saya tangani dengan tenang tapi endoskopi ni? Ya Allah, takutnya!!!

Lalu prosedur bermula. Pangkal lidah dispray. Saya rasa kerongkong saya membeku. Saya tak mampu menelan air liur. Berdebar-debar perasaan. Kata doktor, jangan telan air liur, lelehkan saja di tepi mulut. Plastik untuk lelehan diletakkan di tepi saya.

Doktor memberi rangsangan sambil bergurau. Saya hanya mampu angguk saja. Kemudian sedatif dimasukkan melalui tangan. Saya diarahkan mengiring ke kiri. Pada masa sama, seorang lagi pembantu meletakkan corong ala pacifier ke dalam mulut. Saya mula rasa mengantuk yang amat. Hanya sempat mendengar bunyi ketika tiub itu dimasukkan.

Diarahkan supaya mengiring ke kiri.
Ia kerana kedudukan perut di sebelah kiri tubuh.


Sebaik tiub/kamera dimasukkan, imej dalam perut akan dipapar pada skrin.
Ingatkan nak tengok perut sendiri, tapi tidurlah pulak..

Sejam kemudian, saya ditempatkan ke katil di wad di mana Abang menunggu.
Saya sudah terjaga setelah tidur nyenyak hampir sejam. Alhamdulillah saya tak rasa apa-apa. Saya bercerita kepada Abang apa yang telah berlaku, part yang saya ingat sahaja. Leganya...

Saya yang sedang lena tidur sebaik selesai prosedur.


Bulan Disember nanti saya akan datang semula untuk ketahui keputusan dan melihat perut sendiri!


Sejak saya sakit dan berulang-alik ke hospital ni, Afif suka sangat menyakat saya. Dia akan menggeletek perut saya dan kata 'mama, ni ulat masuk dalam perut mama!'. Semuanya kerana endoskopi yang saya ceritakan padanya. Nakal ya..

Wednesday, October 07, 2009

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger