Dugaan Baru

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Hopefully ceria dan gembira. Cuba senyum sikit, sekejap :) :) :)

Alhamdulillah ada internet connection, walaupun sangat slow. Kolej masih under construction. Bila saya sampai di sini 3 hari yang lalu, saya rasa seronok. Kolej saya betul-betul di tepi laut! Cantik..

Kami telah ditipu oleh 2 orang agen rumah (realtor). Sebelum bertolak, seorang madam cina telah offer kami sebuah rumah kedai furnished dengan sewa RM380 sebulan. Bila sampai, dia kata harganya RM700 pula.. Kami tolak.

Kami mencari rumah sewa. Kami terdesak. Jumpa. Rumah 2 bilik tidur, 1 bilik air. Sebulan RM260. Kami setuju. Selesai pindah masuk, saya terus ke kolej. Baru saya tahu bahawa agen rumah sewa tu, seorang lelaki melayu, adalah penipu besar. Dia akan putar belitkan kontrak. Setiap bulan dia akan kutip duit sewa, dia akan 'simpan' duit tu tanpa diberi kepada tuan rumah. Macam mana saya tahu? Kawan-kawan sekolej dan Encik Pengarah yang beritahu. Menurut mereka, disebabkan kerja kotor lelaki ni, ada penyewa yang pernah dihalau keluar rumah di tengah malam...

Melalui jiran-jiran, saya cari orang yang pernah menyewa rumah tu. Rupanya penyewa sebelum saya tu, pindah tak jauh dari rumah saya. Dia beri saya no telefon tuan rumah. Alhamdulillah.. Saya dah setelkan dengan tuan rumah, saya tak perlu takut.

Hari yang saya lalui di sini sangat berbeza.. Jauh dari cara kehidupan di Seri Kembangan. Kalau dahulu, setiap petang saya dan Afif akan menunggu Abang pulang dari kerja. Kami berdua akan duduk di beranda, memerhati kereta yang masuk melepasi security guard. Afif pantang nampak kereta kancil silver..dia akan menjerit kesukaan sambil melambai-lambai. Dan biasanya saya sudah siapkan makan malam. Bila Abang sampai, saya terus hidangkan, kami makan bersama. (Kami jarang minum petang)

Sekarang saya sendiri bawa kereta hantar Afif ke daycare. Selesai kerja saya ambilnya dan kami akan ke kedai makan berdua. Kadangkala saya terasa kekosongan dalam diri ni. Bukan selalu, tapi ketara.

Bila malam, Afif akan menangis, meraung mencari Abang. Afif baru pandai menyebut perkataan 'ayah'. Itulah yang sering keluar dari mulutnya 2-3 malam ni. "Ayah, ayah..." Tangisannya lama. Kadangkala saya tak tahu nak buat apa..
Ya Allah, tabahkanlah kami.

"Hati abang hancur bila tengok b dan Afif tinggal dalam rumah ni. Serba kekurangan dan tak selesa..Dan Abang tak ada bersama."
Abang, jangan risau.. Inilah dugaan sementara.

So no one told you life was going to be this way.
Your job's a joke, you're broke, you're love life's DOA.
It's like you're always stuck in second gear,
Well, it hasn't been your day, your week, your month, or even your year.

But, I'll be there for you, when the rain starts to pour.
I'll be there for you, like I've been there before.
I'll be there for you, cause you're there for me too.

You're still in bed at ten, the work began at eight.
You've burned your breakfast, so far, things are going great.
Your mother warned you there'd be days like these,
But she didn't tell you when the world has brought you down to your knees.

That, I'll be there for you, when the rain starts to pour.
I'll be there for you, like I've been there before.
I'll be there for you, cause you're there for me too.

No one could ever know me, no one could ever see me.
Seems like you're the only one who knows what it's like to be me.
Someone to face the day with, make it through all the rest with,
Someone I'll always laugh with, even at my worst, I'm best with you.

Thursday, July 03, 2008

13 Comments:

Nora said...

mmg sgt tough bila suami jauh di mata, terpaksa pulak menguruskan semuanya sendiri. harap yan & family tabah. ini semua utk kebaikan bersama di masa depan.

seronoknya dekat ngan pantai. sekurang²nya dpt menghibur hati kan? ;)

Humyrah said...
This comment has been removed by the author.
Humyrah said...

Mungkin kita yang dah dewasa ni dapat lalui dugaan dengan tabah. Saya sangka Afif tak faham apa-apa. Rupanya dia rasa.

Tak pasti pantai dia mcamana.. Yang kat tepi ofis ni tambak. Nanti ada masa cari pantainya pula.

Anonymous said...

yan, tak silap sy ade tempat makan seafood sedap kat kukup..masa g dulu mmg sedap makan..sedap sbb org belanja n masa berbuka puasa..;)kalau hubby datang ujung minggu boleh sekali sekala bwk g makan2..hanya cadangan..;)

amean23 said...

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
tiada gambar secantik lukisan
nak ku tunjuk perasaan

oh dinda puspa gemala
mengharung jiwa
dinda puspa gemala
mustika kanda
namun musim berubah suasana bertukar
tapi ikatan mesra
sikit pun takkan longgar

tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda

Anonymous said...

sabar la yan..kuatkan semangat...kat opis yan dkat dgn giant kan..kalau betol la,kat area situ ada tpt makan2 best pd tiap malam tp kena jalan sikit la..tak salah akak dpn bangunan keraajaan.n dkat dgn bustand pontian,laut tpi tu je tp kotor la..n dpn tu adalah pulau pisang yg baru2 ni jadi isu pulau tu hak milik sgpore..apa2 hal contact akak tau...take care!!jaga afif baik2..bnyk2 berdoa moga smuanya selamat..nanti kalau akak lik kg insyaAllah akak dtg sana..dr umah akak cuma 45 minit je..kem salam afif!!

Frozen said...

aku ase cam tgh menonton citer friends lak..kekekeke...

Humyrah said...

Sherry >> Saya akan explore lagi jauh.. mngkin ke kukup & benut pula. Tunggu abe saya ni sampai dulu. Err apa nama kedai seafood kat Kukup tu?

kak iena >> semangat kita ok rasanya, cuma sian kat Afif dan cik. Tempat ni pun best juga. Tp mungkin nak cari rumah yg selesa sikit demi Afif. Semalam Yan bawak Afif jalan kat taman permainan tepi bus stand tu. Seronok betul dia main playground yang besar tu. Kena pujuk baru dia nak balik. Tambak ni pun bersih, takde kotor pun. Boleh kata area pekan Pontian ni Yan dah explore dah..hehe.. i kan kaki jalan! (Tq for the car, Abang.)

ben >> aku nak hepi-hepi je so aku letak la lagu yg ceria sikit.. Walaupun lagu tu utk siri FRIENDS tp maksud dia 'dalam'..

Abang >> *blushing*

Unknown said...

Fuh!! nasib ko terlepas dari perangkap putar alam tu..!! bodoh betul melayu sorang tu... patut ikat campak laut je... bagi dugong makan...!! kalau laa jirang jiran tak membantu, nescaya sukar ko nak established duk sana...!!

Anonymous said...

Assalamualaikum... salam perkenalan. puan bakal pensyarah sy la ni =p ajar kat kktp ye. selamat datang ke pontian. sy mmg org sini pun. mmg cantik kolej tu. tepi pantai.. kwsn permainan sy. hehehe..

Humyrah said...

Mr Rizal >> Nasib baik jiran sini best-best. Agen tu memang tak takut makan duit haram..

Adik Anonymous >> Waalaykumussalam.. salam perkenalan juga :) Saya pun dah mula suka duduk di sini. Jumpa lg nanti.

Unknown said...

Alamak.. anak murid dah jumpa cikgu...!!!

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum...

Akak..

Salam ukhwah daripada saya..
Saya tengok blog ni dari blog Kak Alya..Secara kebetulan dan izin Allah, saya juga orang pontian dan anak jati pontian, cuma sekarang saya belajar di Universiti Pendidikan Sulatn Idris (UPSI), Tg Malim, Perak...Tg Piai tpt mkn seafood dekat sgt dgn umah saya..:)

Kalau berkesempatan sila lah ke blog saya..semoga akak diberkati selalu..isnyaAllah..:)

http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger