Dah Dapat Jawapan... 'Bukan salah ibu mengandung'

Saya bercuti lama dari menulis blog, sebab saya dah hampir 2 bulan jadi penganggur.. Duduk di rumah memang tak ada internet. Maaf banyak2 ya..

Hampir 2 bulan, saya banyak memikirkan dan mencari jalan.. Apa langkah terbaik saya .. Belajar sambil menjaga anak, atau serahkan saja anak untuk dijaga oleh suami yang kebetulan juga akan sambung pelajaran. Sampai satu ketika, keadaan makin suntuk.. Surat tawaran dah sampai dari UTHM. Hanya tinggal untuk diisi, kemudian daftarkan diri pada 5 Julai ini.

Tiba-tiba lain pula yang jadi.....!

Semalam, saya disahkan mengandung lagi!!!! ALHAMDULILLAH !

Trauma akan peristiwa dulu.. Iaitu kelahiran Afif yang tak cukup bulan semasa saya masih di tahun akhir, membuatkan saya terus mengambil keputusan tangguhkan semula pelajaran ni. Saya dan suami tak mau ambil risiko lagi. Suami pula nak sangat saya dekat dengannya, supaya dia boleh menjaga saya. Hmm.. rupanya suami juga trauma..

Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain.. Menambahkan lagi rasa tak sedap di hati, kalau saya bertekad juga nak study. Sekarang ni saya patut berpaut pada pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran'.. Sabarlah Yan Humyrah.. nanti-nanti study lagi..

Jadi, saya sekarang ibu yang mengandung (sekali lagi).. Syukur!

Tuesday, June 26, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger